“Ianya berlaku sebab satu kesilapan.. Saya tak tahu mereka dah berjumpa..” Baru sahaja Syamsul Setuju cerai Puteri Sarah… Kata2 Datuk Yusof Haslam pula buat Ramai sebak..
“Ianya berlaku sebab satu kesilapan.. Saya tak tahu mereka dah berjumpa..” Baru sahaja Syamsul Setuju cerai Puteri Sarah… Kata2 Datuk Yusof Haslam pula buat Ramai sebak..

Penerbit Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sedih namun pasrah dengan keputusan yang akan dibuat oleh anak mereka Syamsul Yusof yang mencapai kata sepakat untuk bercerai bagi menamatkan kemelut rumah tangga.
Sarah tetap menantu kesayangan kami
Bagaimanapun, penerbit berusia 68 tahun dan isteri tetap menganggap isteri pertama Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana sebagai menantu kesayangan mereka meskipun bakal bercerai pada 18 April nanti.
“Walaupun sedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia tetap akan menjadi menantu kesayangan kami. Syamsul pun jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,”ujarnya.
Sedih tapi syukur krisis dah berakhir
Memetik laporan Harian Metro, Yusof berkata dia dan isteri bersyukur kerana konflik antara anaknya dan menantu akhirnya dapat diselesaikan. Malah, dia turut berharap agar hubungan mereka dengan Puteri Sarah tetap erat.
“Benda sudah berlaku. Mestilah saya dan isteri sedih kerana rumah tangga yang dibina selama 10 tahun musnah disebabkan satu kesilapan. Tapi benda ini tak boleh nak patah balik… jadi yang dah lepas itu, biarkanlah.
“Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Puteri Sarah dan dia akan tetap menjadi menantu kami malah hubungan dengan besa juga kekal baik selepas ini,” katanya kepada mStar ketika dihubungi pada petang Isnin.
Mengulas mengenai pertemuan Syamsul dan Puteri Sarah pada malam Ahad, Yusof memberitahu dia tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
“Walaupun sedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia tetap akan menjadi menantu kesayangan kami. Syamsul pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Bila sudah jadi bekas isteri, kami harapkan hubungan mereka takkan terus keruh. Semoga mereka berdamai dan terus jalin silaturahim kerana kita pun tidak tahu apa boleh berlaku pada masa hadapan.
“Itu kami serahkan kepada Tuhan namun yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir. Kalau keruh, nanti jadi tak sihat, jangan ada permusuhan pun,”katanya.
View this post on Instagram
Hormat keputusan
Tambah bapa kepada empat cahaya mata, dia dan isteri juga menghormati segala keputusan yang dibuat oleh mereka tanpa menjejaskan hubungan dengan anak-anak yang sedang membesar.
“Itu keputusan terbaik yang mereka ambil, kami hormat. Kami tak nak pilih kasih dan biarlah berada di tengah-tengah. Apapun, yang penting semoga ia takkan jejaskan hubungan dengan anak-anak,”ujarnya lagi.
Sementara itu, Yusof menyerahkan segala urusan lafaz cerai pasangan itu pada 18 April ini sepenuhnya dan tidak akan hadir ke mahkamah untuk prosiding terbabit.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 18 April bagi pengarah sensasi Syamsul Yusof melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas selepas peguam syarie yang mewakil kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua belah pihak.
Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah,4.
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)
PERHATIAN: Pihak Oh My
Posting Komentar untuk "“Ianya berlaku sebab satu kesilapan.. Saya tak tahu mereka dah berjumpa..” Baru sahaja Syamsul Setuju cerai Puteri Sarah… Kata2 Datuk Yusof Haslam pula buat Ramai sebak.."