Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Macam baca novel komedi” - Puteri Sarah ketawa baca 44 tuduhan nusyuz Syamsul, syukur simpan semua bukti

“Macam baca novel komedi” - Puteri Sarah ketawa baca 44 tuduhan nusyuz Syamsul, syukur simpan semua bukti


Puteri Sarah tergelak baca tuduhan nusyuz dibuat Syamsul.

PELAKON Puteri Sarah Liyana tergelak apabila membaca 44 muka surat tuduhan nusyuz yang difailkan oleh suaminya Syamsul Yusof terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia tidak dapat menahan diri daripada ketawa namun bersyukur menyimpan segala bukti bagi setiap perkara yang pernah berlaku sebelum ini.

"Baca 44 muka surat tuduhan nusyuz sebelah sana. Ya Allah, sumpah gelak sampai terjatuh kerusi baca semua tuduhan.

SARAHH - 1

Perkongsian yang dibuat di Instastory.

"Nasib baiklah saya ini sejenis simpan bukti semua yang berlaku," katanya.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Khamis.


Dalam pada itu, aktres berkenaan memberitahu ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail juga akan menjadi saksi bagi segala tuduhan dibuat oleh Syamsul terhadapnya.

"Mak awak (Syamsul) pun nak jadi saksi. Ya Tuhan. Seriuslah, macam baca novel komedi," ujarnya.

Antara alasan dikemukakan Syamsul dalam tuntutan itu mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas teman lelakinya yang juga suami orang.

Selain itu, Syamsul mendakwa isteri pertamanya itu meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnah dia memukul serta tidak memberi nafkah.

Permohonan itu dibuat selepas Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah pada 7 Mac lalu.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Sementara itu pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.

Posting Komentar untuk "“Macam baca novel komedi” - Puteri Sarah ketawa baca 44 tuduhan nusyuz Syamsul, syukur simpan semua bukti"