Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“memang dah rancang..” Syafiq yusof berjaya pujuk Abang dan lra, Ini pula yg trjadi

“memang dah rancang..” Syafiq yusof berjaya pujuk Abang dan lra, Ini pula yg trjadi

Pengarah terkenal, Syafiq Yusof yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusof merancang mahu bertemu dengan kakak ipar barunya, Ira Kazar pada sambutan Aidilfitri nanti. Hubungan adik-beradik masih baik. Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Syafiq yang ditemui ketika dalam pelancaran filem Polis Evo 3, memaklumkan hubungan kekeluargaan dengan Syamsul masih baik kerana air yang dicincang tidak akan putus.

“Apapun berlaku, saya akan berjumpa dan beraya dengan abang. Saya memang dah rancang akan pergi rumah abang dan bawa isteri sekali. “Saya harap hubungan keluarga kami kembali seperti dulu kerana tiada manusia yang sempurna di dunia. Hari Raya adalah peluang bermaaf-maafan antara satu sama lain,” katanya.

Sentiasa memberikan nasihat & kata2 semangat
Walau bagaimanapun, Syafiq menyatakan yang dia belum mempunyai perancangan untuk menemukan isteri baru abangnya dengan ahli keluarga yang lain. Namun, sebagai seorang adik, dia sentiasa memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada abangnya dalam melalui ujian hidup ini agar dia tidak merasa keseorangan dalam melalui dugaan yang bertali arus sejak kebelakangan ini.

“Saya selalu cakap banyak bersabar dan ini adalah ujian hidup dia. Saya percaya abang adalah individu yang kuat serta mampu mengharungi situasi ini.

“Abang balas mesej dan dia sedar apa yang terjadi. Sebagai adik, saya perlu bagi sokongan moral selepas dia diserang daripada pelbagai penjuru terutamanya daripada netizen. Saya harap krisis ini berakhir segera,” katanya. Difahamkan, sejak berumah tangga dengan Ira Kazar, Syamsul belum lagi mempertemukan wanita itu dengan keluarganya memandangkan beberapa konflik sebelum ini.

Pada 18 April nanti, pengarah tersohor berkenaan bakal melafazkan talak kepada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana selepas masing-masing duduk berbincang dan menemui kata putus dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang dikatakan berpunca dari kehadiran orang ketiga.

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil berkongsi rasa leganya selepas kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Syamsul Yusof hampir menemui titik noktah. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sarah sendiri menerusi sebuah muat naik di Instagram, sebentar tadi.

Seakan reda dengan suratan takdir yang tertulis, Sarah telah memuat naik gambarnya membelakangi kaabah diiringi kapsyen yang menceritakan tentang lumrah kehidupan.

“Dalam kehidupan kita tak boleh memiliki kesemuanya. Sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita cuba tahan bila sampai masanya Allah nak kita lepaskan, kita kena lepaskan.

“Banyak hal yang kita tak boleh nak memiliki dalam masa yang panjang sebab fitrah duniawi memang datang dan pergi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Sarah Megat Kamaruddin (@puterisarahliyana)

“Bila kita yakin yang Allah dah aturkan yang terbaik maka kita kena redha dan ikhlaskan. Meski memakan banyak masa, tak mengapa asalkan kita ajar diri dan didik diri untuk lebih bersikap terbuka,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sarah turut menganggap kekecewaan yang dialaminya sebelum ini hanyalah sementara dan mahu menjalani kehidupannya lebih tenang selepas ini.

“Kekecewaan dunia hanyalah sementara sedangkan ada kebahagiaan lain yang Allah cuba simpan untuk kita. Jodoh yang lain Allah simpan untuk kita.“Apa yang kita perlukan sekarang, hati yang tenang dan bulatkan keyakinan sepenuhnya pada Allah.

“Semoga Allah hadirkan ketenangan dan kekuatan pada diri kita selalu. Amin,” katanya. Terdahulu, Sarah telah mendedahkan dirinya bersama Syamsul sudah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara aman mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui.

Malah, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan 18 April ini untuk pengarah, Syamsul Yusof melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya pelakon, Puteri Sarah Liyana, pagi tadi.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan. Antara terma-terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Sumber : Oh my medla

Posting Komentar untuk "“memang dah rancang..” Syafiq yusof berjaya pujuk Abang dan lra, Ini pula yg trjadi"