“Syamsul milik kami.. melompat gembira lah anak kazar..” Syamsul & Puteri Sarah Bakal Cerai, Nama Ira Kazar Pula Dipetik
“Syamsul milik kami.. melompat gembira lah anak kazar..” Syamsul & Puteri Sarah Bakal Cerai, Nama Ira Kazar Pula Dipetik
Setelah beberapa bulan konflik rumah tangga menjadi perhatian umum, akhirnya Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dapat mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik pada 18 April nanti.
Melalui video yang dimuat naik oleh pihak Utusan di laman TkTok, Syamsul luahkan rasa syukur semua berakhir dengan baik dan enggan memberi keterangan berlebihan. Biarpun mendiamkan diri sejak konflik rumah tangga ini berlaku, isteri kedua iaitu Ira Kazar tidak akan terlepas daripada menjadi sasaran kecaman netizen kerana ramai merasakan wanita itu punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti ini berlaku.
Setelah berita Syamsul bakal menceraikan Sarah tidak lama lagi tersebar, netizen mendakwa Ira pasti sedang berseronok kerana berjaya memiliki pengarah tersebut sendiri. Dalam pada masa yang sama, netizen mendesak agar anak pelakon veteran, Kazar itu memohon maaf kepada Sarah serta keluarga Syamsul setelah segala yang dilakukannya selama ini.
Sekadar info, pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pegumuman mengejut iaitu dirinya sudah pun berkahwin untuk kali kedua bersama Ira Kazar di Thailand.
SETELAH usaha untuk berdamai menemui kegagalan, pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya mencapai kata sepakat untuk bercerai secara balk. Peguam mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pasangan itu bersemuka pada malam Ahad, beberapa jam sebelum perlu hadir ke mahkamah yang dijadual pada pagi Isnin bertujuan mengetahui keputusan rundingan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentuk sebelum ini.
Justeru, dalam pertemuan malam Ahad itu, mereka berdua sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik. Dalam pada itu, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin, kedua-dua pasangan tersebut hadir bagi urusan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas yang mendengar kes itu menetapkan 18 April 2023 ini bagi kedua-dua belch pihak merekodkan terma untuk mereka berpisah secara baik. Syamsul yang muncul di mahkamah kira-kira pukul 8.55 pagi kelihatan tenang ditemani peguam, Azmi Mohd Rais dan dua orang sepupunya.
Manakala Puteri Sarah hadir tepat pukul 9 pagi ditemani peguam dan adik perempuannya. Pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabaran Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal menemui jalan penyelesaian ekoran Puteri Sarah tetap mahu meneruskan penceraian.
Syamsul pada 21 Mac lalu memafailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah iaitu tiga hari sebelum mereka bertemu untuk proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Bagaimanapun pertemuan itu gagal mencapai kata sepakat ekoran Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan penceraian. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.
Pelakon, Puteri Sarah tiba di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada jam 9.04 pagi Isnin, bagi sebutan permohonan tuntutan cerai terhadap suaminya, pengarah, Syamsul Yusof. Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hadir dengan memakai jubah putih dan ditemani keluarganya.
Ibu kepada sepasang anak ini berkata, dia berdebar menunggu prosiding di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas berhubung status proses Jawatankuasa Pendamai (JKP), yang dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), 24 Mac lalu. “Semalam, ibu bapa mentua saya mendoakan agar prosiding ini dipermudahkan,” katanya.
Sementara suaminya yang juga Pengarah filem ‘Mat Kilau’, tiba lebih awal iaitu jam 8.57 pagi dengan ditemani peguam syarie, Azmi Mohd Rais. Pengarah berusia 38 tahun itu kelihatan segak dengan mengenakan kot hitam sempat berseloroh dengan para wartawan yang menunggu di lobi mahkamah. Untuk rekod, Syamsul, 38 dan Puteri Sarah, 38, berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu. Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.
Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co. Pada 7 Mac lalu, Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas kemudiannya memerintahkan pasangan itu untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Syamsul yang mengenakan pakaian serba hitam dilihat tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8:55 pagi diiringi peguam dan sepupunya. Pengarah berusia 38 tahun ini kelihatan tenang dan sempat menyapa para media.
Sumber : BeautifuInara dan M.star
Posting Komentar untuk "“Syamsul milik kami.. melompat gembira lah anak kazar..” Syamsul & Puteri Sarah Bakal Cerai, Nama Ira Kazar Pula Dipetik"